وَالَّذِيْنَ اٰتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَفْرَحُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمِنَ الْاَحْزَابِ مَنْ يُّنْكِرُ بَعْضَهٗ ۗ قُلْ اِنَّمَآ اُمِرْتُ اَنْ اَعْبُدَ اللّٰهَ وَلَآ اُشْرِكَ بِهٖ ۗاِلَيْهِ اَدْعُوْا وَاِلَيْهِ مَاٰبِ 36
Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang Kami telah kurniakan kitab kepada mereka gembira dengan al-Quran yang diturunkan kepadamu. Namun, ada dalam kalangan ahli kitab itu yang mengingkari sebahagian daripadanya. Katakan kepada mereka wahai Muhammad, “Aku hanya diperintahkan untuk beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya. Hanya kepada-Nya aku berdoa dan kepada-Nya jua aku akan kembali.”