Tafsir Surah

13Ar-Ra'd - الرّعد

Ayat ke-4

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَفِى الْاَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجٰوِرٰتٌ وَّجَنّٰتٌ مِّنْ اَعْنَابٍ وَّزَرْعٌ وَّنَخِيْلٌ صِنْوَانٌ وَّغَيْرُ صِنْوَانٍ يُّسْقٰى بِمَاۤءٍ وَّاحِدٍۙ وَّنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلٰى بَعْضٍ فِى الْاُكُلِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّعْقِلُوْنَ4

Di bumi ada pelbagai bidang tanah yang bersebelahan antara satu sama lain, kebun-kebun anggur, tanamtanaman dan pohon-pohon kurma yang ada antaranya bercabang dan ada yang tidak. Kesemua ini disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan rasa sebahagian buah berbanding sebahagian yang lain. Sesungguhnya pada semua ini ada tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang menggunakan akalnya

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)