۞ وَاِنْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ ءَاِذَا كُنَّا تُرَابًا ءَاِنَّا لَفِيْ خَلْقٍ جَدِيْدٍ ەۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِرَبِّهِمْۚ وَاُولٰۤىِٕكَ الْاَغْلٰلُ فِيْٓ اَعْنَاقِهِمْۚ وَاُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ النَّارِۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ5
Jika kamu hairan dengan semua ini wahai Muhammad, sepatutnya kamu lebih hairan dengan kata-kata orang-orang yang tidak beriman, “Adakah logik setelah Kami menjadi tanah kami pasti diciptakan semula?” Mereka itulah orang yang kufur kepada Tuhan mereka. Pada hari kiamat kelak, leher mereka akan dipasung dengan belenggu-belenggu rantai. Mereka ialah penghuni-penghuni neraka dan akan kekal di dalamnya.