وَيَسْتَعْجِلُوْنَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ وَقَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمُ الْمَثُلٰتُۗ وَاِنَّ رَبَّكَ لَذُوْ مَغْفِرَةٍ لِّلنَّاسِ عَلٰى ظُلْمِهِمْۚ وَاِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيْدُ الْعِقَابِ 6
Mereka meminta kepadamu agar disegerakan bagi mereka azab berbanding meminta kebaikan. Sebelum mereka, telah ada contoh-contoh peristiwa azab bagi orang-orang seperti mereka. Sesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad memiliki keampunan bagi orang-orang yang meminta ampun atas kezaliman yang mereka lakukan. Namun ketahuilah bahawa Tuhanmu juga amat dahsyat dalam memberi balasan hukuman.