الۤرٰ ۗ كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ ەۙ بِاِذْنِ رَبِّهِمْ اِلٰى صِرَاطِ الْعَزِيْزِ الْحَمِيْدِۙ1
Alif, Lam, Ra. AI-Quran ialah kitab yang Kami turunkan kepadamu wahai Muhammad agar kamu mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan dengan izin Tuhan mereka yang merupakan jalan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Terpuji.