Tafsir Surah

14Ibrahim - ابرٰهيم

Ayat ke-10

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ قَالَتْ رُسُلُهُمْ اَفِى اللّٰهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ يَدْعُوْكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِّنْ ذُنُوْبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ اِلٰٓى اَجَلٍ مُّسَمًّىۗ قَالُوْٓا اِنْ اَنْتُمْ اِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا ۗ تُرِيْدُوْنَ اَنْ تَصُدُّوْنَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ اٰبَاۤؤُنَا فَأْتُوْنَا بِسُلْطٰنٍ مُّبِيْنٍ 10

Para rasul itu bertanya, “Adakah kamu ragu-ragu untuk beriman dengan Allah sedangkan Dia yang mencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu semua supaya beriman kepada-Nya agar Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Dia memberi ruang masa kepada kamu sehingga ke suatu masa yang ditentukan.” Orang kafir itu menjawab, “Kamu hanyalah manusia seperti kami dan kamu mahu menghalang kami menyembah sembahan nenek moyang kami. Jika kamu mahu kami tinggalkan sembahan tersebut maka bawakan kepada kami bukti yang jelas.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)