Tafsir Surah

14Ibrahim - ابرٰهيم

Ayat ke-21

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَبَرَزُوْا لِلّٰهِ جَمِيْعًا فَقَالَ الضُّعَفٰۤؤُا لِلَّذِيْنَ اسْتَكْبَرُوْٓا اِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ اَنْتُمْ مُّغْنُوْنَ عَنَّا مِنْ عَذَابِ اللّٰهِ مِنْ شَيْءٍ ۗقَالُوْا لَوْ هَدٰىنَا اللّٰهُ لَهَدَيْنٰكُمْۗ سَوَاۤءٌ عَلَيْنَآ اَجَزِعْنَآ اَمْ صَبَرْنَا مَا لَنَا مِنْ مَّحِيْصٍ ࣖ 21

Mereka akan berhimpun beramairamai di hadapan Allah pada hari kiamat. Pengikut-pengikut yang lemah berkata kepada pemimpin-pemimpin mereka yang ketika di dunia dahulu sombong, “Kami ialah pengikut kamu semasa di dunia. Adakah kamu boleh selamatkan kami daripada azab Allah walaupun sedikit?” Pemimpin-pemimpin itu berkata, “Jika Allah memberi petunjuk kepada kami semasa di dunia dahulu, maka kami akan memberi petunjuk kepada kamu semua. Keadaan kita sama sahaja sekarang sama ada kita berkeluh kesah atau kita bersabar, kita tetap tiada tempat melarikan diri daripada azab.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)