Tafsir Surah

14Ibrahim - ابرٰهيم

Ayat ke-22

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقَالَ الشَّيْطٰنُ لَمَّا قُضِيَ الْاَمْرُ اِنَّ اللّٰهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُّكُمْ فَاَخْلَفْتُكُمْۗ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِّنْ سُلْطٰنٍ اِلَّآ اَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِيْ ۚفَلَا تَلُوْمُوْنِيْ وَلُوْمُوْٓا اَنْفُسَكُمْۗ مَآ اَنَا۠ بِمُصْرِخِكُمْ وَمَآ اَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّۗ اِنِّيْ كَفَرْتُ بِمَآ اَشْرَكْتُمُوْنِ مِنْ قَبْلُ ۗاِنَّ الظّٰلِمِيْنَ لَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ 22

Syaitan pula berkata selepas ditentukan tempat masing-masing di syurga atau neraka, “Sesungguhnya Allah telah berjanji kepada kamu semua dengan janji yang benar. Aku juga telah berjanji kepada kamu namun aku mengingkari janjiku. Aku tidak memiliki apa-apa kuasa untuk memaksa kamu mengikutiku melainkan sekadar mengajak sahaja, namun kamu menyahut ajakanku. Oleh itu, jangan kamu menyalahkanku, tetapi salahkanlah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolong kamu dan kamu juga tidak dapat menolongku. Aku tidak pernah bersetuju dengan perbuatan kamu yang menjadikan aku sekutu bagi Allah semasa di dunia dahulu. Sesungguhnya bagi orang-orang yang melakukan perkara syirik itu azab yang pedih.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)