وَاُدْخِلَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْۗ تَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلٰمٌ 23
Berbanding orang kafir yang diazab di dalam neraka, orang beriman dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan kepada mereka di dalamnya adalah ucapan salam.