Tafsir Surah

14Ibrahim - ابرٰهيم

Ayat ke-5

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَقَدْ اَرْسَلْنَا مُوْسٰى بِاٰيٰتِنَآ اَنْ اَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ ەۙ وَذَكِّرْهُمْ بِاَيّٰىمِ اللّٰهِ ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُوْرٍ5

Sebagaimana diutuskan kamu wahai Muhammad, Kami telah mengutuskan Musa kepada kaumnya dengan membawa mukjizat-mukjizat daripada Kami yang membuktikan kerasulannya, lalu Kami berfirman, “Keluarkan kaummu daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. lngatkan juga mereka dengan peristiwa yang te~adi kepada kaum-kaum terdahulu.” Sesungguhnya ia menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orangorang yang banyak bersabar dan bersyukur.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)