وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللّٰهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ مَّا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَاۤبَّةٍ وَّلٰكِنْ يُّؤَخِّرُهُمْ اِلٰٓى اَجَلٍ مُّسَمًّىۚ فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ 61
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak akan membiarkan walaupun satu makhluk bernyawa untuk terus tinggal di muka bumi; akan tetapi Dia menangguhkan mereka hingga ke suatu masa yang tertentu. Kemudian apabila tiba ajal mereka, ia tidak akan dapat dikemudiankan atau didahulukan walaupun sesaat.