وَيَجْعَلُوْنَ لِلّٰهِ مَا يَكْرَهُوْنَ وَتَصِفُ اَلْسِنَتُهُمُ الْكَذِبَ اَنَّ لَهُمُ الْحُسْنٰى لَا جَرَمَ اَنَّ لَهُمُ النَّارَ وَاَنَّهُمْ مُّفْرَطُوْنَ 62
Mereka menjadikan apa yang mereka sendiri tidak menyukainya untuk Allah. Pada masa yang sama, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, kononnya mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi bahawa neraka adalah untuk mereka dan mereka akan segera dimasukkan ke dalamnya.