وَضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا رَّجُلَيْنِ اَحَدُهُمَآ اَبْكَمُ لَا يَقْدِرُ عَلٰى شَيْءٍ وَّهُوَ كَلٌّ عَلٰى مَوْلٰىهُ ۗ اَيْنَمَا يُوَجِّهْهُّ لَا يَأْتِ بِخَيْرٍ ۖهَلْ يَسْتَوِيْ هُوَۙ وَمَنْ يَّأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَهُوَ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ ࣖ 76
Allah juga telah membuat satu lagi perbandingan dengan dua orang lelaki. Salah seorang daripada mereka adalah bisu,tidak mampu berbuat apa-apa dan sentiasa menjadi beban kepada penjaganya. Jika dia disuruh oleh penjaganya ke suatu tempat, dia tidak dapat mendatangkan sesuatu yang baik. Adakah orang bisu ini sama dengan orang yang dapat menyuruh berbuat keadilan dan dia pula berada di atas jalan yang lurus?