وَاَوْفُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ اِذَا عَاهَدْتُّمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْاَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللّٰهَ عَلَيْكُمْ كَفِيْلًا ۗاِنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُوْنَ 91
Tepatilah janji apabila kamu berjanji dengan Allah atau manusia dan janganlah kamu melanggar sumpah-sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya dengan nama Allah kerana kamu telah menjadikan Allah sebagai saksi dan penjamin kepada sumpah kamu itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.