وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِيْ حَرَّمَ اللّٰهُ اِلَّا بِالْحَقِّۗ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُوْمًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهٖ سُلْطٰنًا فَلَا يُسْرِفْ فِّى الْقَتْلِۗ اِنَّهٗ كَانَ مَنْصُوْرًا33
Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya melainkan dengan sebab yang benar. Dan sesiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberikan kepada walinya kuasa menuntut qisas atau diat. Oleh itu, janganlah si wali itu bertindak melampaui batas dalam tuntutan balas bunuh, sesungguhnya dia tetap diberi pertolongan menurut hukum syarak.