اِنْ اَحْسَنْتُمْ اَحْسَنْتُمْ لِاَنْفُسِكُمْ ۗوَاِنْ اَسَأْتُمْ فَلَهَاۗ فَاِذَا جَاۤءَ وَعْدُ الْاٰخِرَةِ لِيَسٗۤـُٔوْا وُجُوْهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوْهُ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّلِيُتَبِّرُوْا مَا عَلَوْا تَتْبِيْرًا7
Jika kamu berbuat baik sesungguhnya kamu berbuat baik kepada diri sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka akibatnya menimpa kamu juga. Oleh itu, apabila menjelang waktu hukuman pembalasan kezaliman yang kedua, Kami datangkan musuh untuk menghina kamu serta menceroboh Masjid Baitul Maqdis sebagaimana mereka mencerobohinya kali pertama dan mereka menghancurkan apa sahaja yang mereka kuasai.