Tafsir Surah

17Al-Isra' - الاسراۤء

Ayat ke-97

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمَنْ يَّهْدِ اللّٰهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِۚ وَمَنْ يُّضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ اَوْلِيَاۤءَ مِنْ دُوْنِهٖۗ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ عَلٰى وُجُوْهِهِمْ عُمْيًا وَّبُكْمًا وَّصُمًّاۗ مَأْوٰىهُمْ جَهَنَّمُۗ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنٰهُمْ سَعِيْرًا97

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka dia ialah orang yang mendapat petunjuk. Sesiapa yang disesatkan pula, maka kamu tidak akan mendapati sesiapa yang boleh menjadi pelindung mereka selain Allah. Dan mereka akan dihimpunkan pada hari kiamat nanti dengan diseret di atas muka-muka mereka dalam keadaan buta, pekak dan bisu. Tempat kembali mereka adalah Neraka Jahannam. Setiap kali apinya malap Kami akan tambah nyalaannya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)