Tafsir Surah

18Al-Kahf - الكهف

Ayat ke-19

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَكَذٰلِكَ بَعَثْنٰهُمْ لِيَتَسَاۤءَلُوْا بَيْنَهُمْۗ قَالَ قَاۤىِٕلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْۗ قَالُوْا لَبِثْنَا يَوْمًا اَوْ بَعْضَ يَوْمٍۗ قَالُوْا رَبُّكُمْ اَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْۗ فَابْعَثُوْٓا اَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هٰذِهٖٓ اِلَى الْمَدِيْنَةِ فَلْيَنْظُرْ اَيُّهَآ اَزْكٰى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ اَحَدًا 19

Demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka bertanya sesama mereka. Berkata seorang daripada mereka, “Berapa lamakah kita tidur?” Sebahagian mereka berkata, “Kita tidur sehari atau separuh hari.” Berkata sebahagian yang lain, “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lama kamu tidur. Hantarlah salah seorang daripada kamu dengan wang perak ini ke bandar dan hendaklah dia mencari apa-apa makanan yang paling baik dan bawakan kepada kamu sebahagian makanan itu. Dia juga perlu berhati-hati agar tidak membuat sesiapa pun menyedari kewujudan kamu.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)