Tafsir Surah

18Al-Kahf - الكهف

Ayat ke-22

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَيَقُوْلُوْنَ ثَلٰثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْۚ وَيَقُوْلُوْنَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًاۢ بِالْغَيْبِۚ وَيَقُوْلُوْنَ سَبْعَةٌ وَّثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۗقُلْ رَّبِّيْٓ اَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَّا يَعْلَمُهُمْ اِلَّا قَلِيْلٌ ەۗ فَلَا تُمَارِ فِيْهِمْ اِلَّا مِرَاۤءً ظَاهِرًا ۖوَّلَا تَسْتَفْتِ فِيْهِمْ مِّنْهُمْ اَحَدًا ࣖ22

Sebahagian mereka berkata, “Bilangan mereka tiga orang dan yang keempat itu anjing mereka.” Sebahagian lain pula berkata, “Bilangan mereka lima orang dan yang keenam itu anjing mereka.” Semuanya hanya tekaan semata-mata. Sebahagian lain pula berkata, “Bilangan mereka tujuh orang dan yang kelapan itu anjing mereka.” Katakan kepada mereka wahai Muhammad ''Tuhanku lebih mengetahui bilangan mereka. Tiada yang mengetahuinya melainkan segelintir orang sahaja.” Maka janganlah kamu berdebat tentang Ashabul Kahfi itu kecuali perdebatan zahir sahaja berdasarkan apa yang dijelaskan oleh al-Quran dan janganlah pula kamu meminta penjelasan ahli kitab tentang kisah mereka itu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)