قُلِ اللّٰهُ اَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوْا ۚ لَهٗ غَيْبُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ اَبْصِرْ بِهٖ وَاَسْمِعْۗ مَا لَهُمْ مِّنْ دُوْنِهٖ مِنْ وَّلِيٍّۗ وَلَا يُشْرِكُ فِيْ حُكْمِهٖٓ اَحَدًا26
Katakanlah wahai Muhammad, “Allah lebih mengetahui tempoh mereka tidur. Dia memiliki segala yang tersembunyi di langit dan bumi. Alangkah hebat penglihatan Allah dan pendengaran-Nya. Tiada siapa selainNya yang mampu menjadi pelindung dan tiada siapa yang mampu menjadi sekutu dalam pentadbiran-Nya.”