وَمَنْ اَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِاٰيٰتِ رَبِّهٖ فَاَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُۗ اِنَّا جَعَلْنَا عَلٰى قُلُوْبِهِمْ اَكِنَّةً اَنْ يَّفْقَهُوْهُ وَفِيْٓ اٰذَانِهِمْ وَقْرًاۗ وَاِنْ تَدْعُهُمْ اِلَى الْهُدٰى فَلَنْ يَّهْتَدُوْٓا اِذًا اَبَدًا 57
Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripada mendengar ayat-ayat tersebut dan dia melupakan dosa yang telah di lakukan tangannya. Sesungguhnya Kami jadikan hati mereka terbelenggu daripada memahami al-Quran dan Kami jadikan juga telinga mereka pekak. Meskipun engkau mengajak mereka kepada hidayah, mereka tidak akan mendapat hidayah selama-lamanya.