Tafsir Surah

18Al-Kahf - الكهف

Ayat ke-77

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَانْطَلَقَا ۗحَتّٰىٓ اِذَآ اَتَيَآ اَهْلَ قَرْيَةِ ِۨاسْتَطْعَمَآ اَهْلَهَا فَاَبَوْا اَنْ يُّضَيِّفُوْهُمَا فَوَجَدَا فِيْهَا جِدَارًا يُّرِيْدُ اَنْ يَّنْقَضَّ فَاَقَامَهٗ ۗقَالَ لَوْ شِئْتَ لَتَّخَذْتَ عَلَيْهِ اَجْرًا 77

Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sebuah kampung, mereka meminta makanan daripada penduduk kampung tersebut, namun mereka enggan meraikan mereka sebagai tetamu. Sambil berjalan, mereka terlihat suatu dinding yang hampir runtuh, lalu Khidir berusaha menegakkannya semuanya sehingga kukuh. Nabi Musa berkata, “Jika kamu mahu, kamu berhak untuk mengambil upahnya daripada mereka, kerana keengganan mereka meraikan kita sebagai tetamu.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)