Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-102

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاتَّبَعُوْا مَا تَتْلُوا الشَّيٰطِيْنُ عَلٰى مُلْكِ سُلَيْمٰنَ ۚ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمٰنُ وَلٰكِنَّ الشَّيٰطِيْنَ كَفَرُوْا يُعَلِّمُوْنَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَآ اُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوْتَ وَمَارُوْتَ ۗ وَمَا يُعَلِّمٰنِ مِنْ اَحَدٍ حَتّٰى يَقُوْلَآ اِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۗ فَيَتَعَلَّمُوْنَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُوْنَ بِهٖ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهٖ ۗ وَمَا هُمْ بِضَاۤرِّيْنَ بِهٖ مِنْ اَحَدٍ اِلَّا بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗ وَيَتَعَلَّمُوْنَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ ۗ وَلَقَدْ عَلِمُوْا لَمَنِ اشْتَرٰىهُ مَا لَهٗ فِى الْاٰخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ ۗ وَلَبِئْسَ مَاشَرَوْا بِهٖٓ اَنْفُسَهُمْ ۗ لَوْ كَانُوْا يَعْلَمُوْنَ 102

Mereka juga mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada zaman kerajaan Nabi Sulaiman yang didakwa amalan Baginda. Hakikatnya, Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir itu tetapi syaitansyaitan itulah yang kafir kerana mereka mengajar manusia ilmu sihir dan juga sihir yang telah diturunkan kepada dua malaikat; Harut dan Marut di negeri Babil. Kedua malaikat tersebut tidak mengajar seseorang kecuali menasihatinya dengan berkata, “Sesungguhnya kami ini hanyalah ujian, Oleh itu, janganlah engkau menjadi kafir dengan mengamalkan sihir.“ Waiau pun begitu, masih terdapat manusia yang mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu sejenis sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Namun, mereka tidak akan dapat memudaratkan orang lain dengan sihir itu melainkan hanya dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari sesuatu yang hanya memudarat dan tidak memberi sebarang manfaat kepada diri mereka. Sesungguhnya kaum Yahudi tahu bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, dia tidak akan mendapat sebarang kebaikan di akhirat. Dan alangkah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah sahaja mereka mengetahui akibat yang menanti.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)