Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-104

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقُوْلُوْا رَاعِنَا وَقُوْلُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوْا وَلِلْكٰفِرِيْنَ عَذَابٌ اَلِيْمٌ104

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “raaina” kepada Muhammad sebaliknya katakanlah, “unzurna,” dan patuhilah arahannya, dan ingatlah bahawa orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Tafsir Terjemahan

Daripada Qatadah berkaitan firman Allah SWT

لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انظُرْنَا

Beliau berkata, “Mereka pada mulanya berkata, ra 'ina pendengaranmu, itulah yang dilafazkan oleh golongan Yahudi ketika datang (bertemu Nabi SAW) bertujuan untuk mempermainkan Baginda. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini. ”

Kata terbit bagi ra 'ina ialah mura'ah iaitu rai dan perlahan-lahan dalam bercakap. Orang Mukmin berkata kepada Rasulullah SAW apabila Baginda bersabda kepada mereka, “ra'ina” wahai Rasulullah” iaitu raikan dan perlahan-lahan untuk kami wahai Rasulullah supaya kami memahami sabdamu dan menghafaznya. Orang Yahudi juga menggunakan kalimah “ra'ina” apabila berkata kepada Rasulullah SAW dengan maksud tersuratnya iaitu “raikan dan perlahan-lahan untuk kami” tetapi secara tersiratnya mereka ingin mencela Baginda kerana dalam bahasa lbrani ia bermaksud bodoh. ALLAH SWT mengarahkan orang Mukmin mengubah kepada perkataan unzuma iaitu tunggu dan perlahan-lahan untuk kami.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)