Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-108

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَمْ تُرِيْدُوْنَ اَنْ تَسْـَٔلُوْا رَسُوْلَكُمْ كَمَا سُىِٕلَ مُوْسٰى مِنْ قَبْلُ ۗوَمَنْ يَّتَبَدَّلِ الْكُفْرَ بِالْاِيْمَانِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاۤءَ السَّبِيْلِ108

Adakah kamu mahu meminta daripada rasul kamu mukjizat sebagaimana Musa diminta oleh kaumnya sebelum ini? Ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menukarkan keimanan dengan ke kufuran. Sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang benar

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata, Rafi' bin Huraimilah dan Wahb bin Zayd berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Muhammad, datangkan kepada kami kitab yang diturunkan daripada langit agar dapat kami membacanya, serta pancarkanlah untuk kami sungaisungai, nescaya kami akan mengikutmu dan membenarkan ajaranmu. Lantas Allah SWT menurunkan ayat berkaitan dengan kata-kata mereka.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)