Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-109

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَدَّ كَثِيْرٌ مِّنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ لَوْ يَرُدُّوْنَكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ اِيْمَانِكُمْ كُفَّارًاۚ حَسَدًا مِّنْ عِنْدِ اَنْفُسِهِمْ مِّنْۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۚ فَاعْفُوْا وَاصْفَحُوْا حَتّٰى يَأْتِيَ اللّٰهُ بِاَمْرِهٖ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ 109

Ramai dalam kalangan ahli Kitab yang berharap agar mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana hasad dengki yang ada dalam diri mereka walaupun sebenarnya kebenaran Islam itu sudah jelas kepada mereka. Maka maafkanlah mereka dan berlapang dadalah sehingga Al lah memberikan perintah berkenaan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Tafsir Terjemahan

Daripada Usamah bin Zaid R.A, Sesungguhnya Rasulullah SAW menunggang keldai dan berkata kepada Sa'ad R.A, “Tidakkah kamu mendengar apa yang dikatakan oleh Abu al-Habbab (Abdullah bin Ubay), dia berkata, begini dan begini.” Sa'ad bin 'Ubadah R.A berkata, Maafkan dan biarkan dia (wahai Rasulullah SAW). Maka Rasulullah SAW memaafkannya. Rasulullah SAW dan para sahabat R.A memaafkan ahli kitab serta kaum musyrikin. Lantas Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)