Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-115

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلِلّٰهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَاَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ 115

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat. Arah mana sahaja kamu menghadap untuk solat, maka itulah kiblat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata, Rafi' bin Huraimilah berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Muhammad, jika benar dakwaanmu bahawa kamu utusan daripada Allah, maka beritahu kepada Allah agar berbicara dengan kami, supaya kami dapat mendengar perkataan-Nya.” Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)