۞ وَاِذِ ابْتَلٰٓى اِبْرٰهٖمَ رَبُّهٗ بِكَلِمٰتٍ فَاَتَمَّهُنَّ ۗ قَالَ اِنِّيْ جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ اِمَامًا ۗ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ ۗ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى الظّٰلِمِيْنَ124
Dan ingatlah ketika Allah menguji Nabi Ibrahim dengan perintah dan larangan-Nya. Lalu Baginda melaksanakannya dengan sempurna. Maka Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku melantik kamu sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Nabi Ibrahim pula memohon “Wahai Tuhanku, lantiklah juga zuriat keturunanku sebagai pemimpin.” Allah berfirman, “Doamu itu diterima tetapi janji-Ku ini tidak akan diberikan kepada orang yang zalim dalam kalangan zuriatmu.”