Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-125

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَاَمْنًاۗ وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَّقَامِ اِبْرٰهٖمَ مُصَلًّىۗ وَعَهِدْنَآ اِلٰٓى اِبْرٰهٖمَ وَاِسْمٰعِيْلَ اَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّاۤىِٕفِيْنَ وَالْعٰكِفِيْنَ وَالرُّكَّعِ السُّجُوْدِ 125

Dan ingatlah ketika Kami telah jadikan Baitullah sebagai tempat tumpuan dan tempat yang aman bagi umat manusia, lalu Kami berfirman, “Jadikanlah Maqam Ibrahim itu sebagai tempat solat.” Dan Kami juga telah perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan berkata, “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orangorang yang bertawaf, orang-orang yang beri'tikaf dan untuk orang-orang yang rukuk dan sujud.”

Tafsir Terjemahan

'Umar bin al-Khattab A.A berkata, Tuhanku bersetuju dengan pandanganku pada tiga perkara. Aku berkata, Wahai Rasulullah, jika tuan jadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat (solat sunat), maka turun ayat Allah,

وَاتَّخِذُوا مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى

dan aku berkata kepada Baginda, Jika dapat diarahkan isteri-isteri tuan memakai hijab, maka diturunkan ayat hijab. Juga apabila isteri-isteri Nabi SAW bersepakat mencemburi Baginda, aku katakan kepada mereka,

سَى رَبُّهُ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِّنكُنَّ

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)