وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ اٰمِنُوْا كَمَآ اٰمَنَ النَّاسُ قَالُوْٓا اَنُؤْمِنُ كَمَآ اٰمَنَ السُّفَهَاۤءُ ۗ اَلَآ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاۤءُ وَلٰكِنْ لَّا يَعْلَمُوْنَ 13
Dan apabila dikatakan kepada mereka lagi, “Berimanlah kamu sepertimana orang lain beriman.” Mereka menjawab, “Apakah kami perlu beriman seperti orang yang bodoh beriman?” Ketahuilah! Sesungguhnya mereka itulah orang yang bodoh tetapi mereka tidak mengetahuinya.