Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-133

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاۤءَ اِذْ حَضَرَ يَعْقُوْبَ الْمَوْتُۙ اِذْ قَالَ لِبَنِيْهِ مَا تَعْبُدُوْنَ مِنْۢ بَعْدِيْۗ قَالُوْا نَعْبُدُ اِلٰهَكَ وَاِلٰهَ اٰبَاۤىِٕكَ اِبْرٰهٖمَ وَاِسْمٰعِيْلَ وَاِسْحٰقَ اِلٰهًا وَّاحِدًاۚ وَنَحْنُ لَهٗ مُسْلِمُوْنَ 133

Bagaimana kamu wahai golongan Yahudi dan Nasrani boleh mendakwa bahawa kamu akan ke syurga sedangkan kamu tidak hadir ketika maut hampir menjemput Nabi Yaakub, lalu dia bertanya kepada anak-anaknya, “Apakah yang kamu akan sembah setelah aku mati?” Mereka menjawab, “Kami akan tetap menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk moyangmu; Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)