Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-136

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُوْلُوْٓا اٰمَنَّا بِاللّٰهِ وَمَآ اُنْزِلَ اِلَيْنَا وَمَآ اُنْزِلَ اِلٰٓى اِبْرٰهٖمَ وَاِسْمٰعِيْلَ وَاِسْحٰقَ وَيَعْقُوْبَ وَالْاَسْبَاطِ وَمَآ اُوْتِيَ مُوْسٰى وَعِيْسٰى وَمَآ اُوْتِيَ النَّبِيُّوْنَ مِنْ رَّبِّهِمْۚ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْهُمْۖ وَنَحْنُ لَهٗ مُسْلِمُوْنَ 136

Katakanlah wahai orang beriman, “Kami beriman kepada Allah dan kepada al-Quran yang diturunkan kepada kami. Dan kami beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi lshaq, Nabi Yaakub dan anak cucunya. Kami juga beriman kepada wahyu yang diturunkan daripada Allah kepada Nabi Musa dan Nabi 'Isa dan begitu juga kepada wahyu yang diturunkan kepada para nabi. Kami tidak pula membeza bezakan antara mereka dan kami menyerah diri kami hanya kepada Allah.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)