Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-138

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

صِبْغَةَ اللّٰهِ ۚ وَمَنْ اَحْسَنُ مِنَ اللّٰهِ صِبْغَةً ۖ وَّنَحْنُ لَهٗ عٰبِدُوْنَ 138

Jika orang kafir itu beriman sebagaimana kamu beriman, maka mereka telah beroleh petunjuk tetapi jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa mereka akan terus memusuhi kamu. Namun janganlah kamu khuatir wahai Muhammad kerana Allah akan memeliharamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata, Bani Israel berkata, Wahai Musa, adakah Tuhanmu melakukan celupan? Baginda berkata, Takutlah kamu kepada Allah. Kemudian Baginda diseru oleh Tuhannya dan berfirman, “Wahai Musa, mereka bertanya, adakah Tuhanmu melakukan celupan? Maka jawablah, Ya, Aku mencelup warna-warna, merah, putih dan hitam, dan warna-warna keseluruhannya adalah celupan-Ku.” Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi Muhammad SAW.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)