Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-140

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَمْ تَقُوْلُوْنَ اِنَّ اِبْرٰهٖمَ وَاِسْمٰعِيْلَ وَاِسْحٰقَ وَيَعْقُوْبَ وَالْاَسْبَاطَ كَانُوْا هُوْدًا اَوْ نَصٰرٰى ۗ قُلْ ءَاَنْتُمْ اَعْلَمُ اَمِ اللّٰهُ ۗ وَمَنْ اَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهٗ مِنَ اللّٰهِ ۗ وَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ 140

Adakah patut juga kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, kesemua mereka menganuti agama Yahudi atau Nasrani? Sedangkan mereka telah wujud sebelum kemunculan agama Yahudi atau Nasrani itu. Katakanlah wahai Muhammad, “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau pun Allah? Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan Allah yang ada bersamanya?” Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang kamu lakukan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)