Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-143

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَكَذٰلِكَ جَعَلْنٰكُمْ اُمَّةً وَّسَطًا لِّتَكُوْنُوْا شُهَدَاۤءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِيْ كُنْتَ عَلَيْهَآ اِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَّتَّبِعُ الرَّسُوْلَ مِمَّنْ يَّنْقَلِبُ عَلٰى عَقِبَيْهِۗ وَاِنْ كَانَتْ لَكَبِيْرَةً اِلَّا عَلَى الَّذِيْنَ هَدَى اللّٰهُ ۗوَمَا كَانَ اللّٰهُ لِيُضِيْعَ اِيْمَانَكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ 143

Dan sebagaimana Kami telah memilih kiblat yang Kami redha untuk kamu, begitu juga Kami jadikan kamu umat yang terpilih dan adil, supaya kamu layak menjadi saksi bahawa para nabi telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyampaikan ajaran Allah kepada umat manusia. Manakala Rasulullah pula akan menjadi saksi bahawa Baginda telah menyampaikan ajaran Allah kepada kamu. Dan Kami tidak jadikan kiblat kamu yang terdahulu melainkan sebagai ujian agar terzahirlah ilmu pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut rasul dan siapa pula yang akan kembali kepada kekufuran. Dan sesungguhnya peralihan kiblat itu adalah amat berat untuk diterima kecuali buat mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah. Dan Allah pula tidak akan mensia-siakan bukti keimanan kamu, termasuk semua solat kamu sebelum perubahan kiblat. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih kepada manusia.

Tafsir Terjemahan

Daripada al-Bara' R.A bahawa Rasulullah SAW solat menghadap ke Baitul Maqdis. Dan Baginda menyukai jika kiblatnya ke arah kaabah. Kemudian Baginda solat Asar ke arah kaabah bersama para sahabat. Setelah itu salah seorang daripada mereka lalu berdekatan kaum Muslimin di sebuah masjid yang sedang rukuk. Beliau berkata, “Aku bersaksi kepada Allah, aku telah solat bersama Nabi SAW menghadap ke arah Makkah. Mereka pun berpusing semasa solat menghadap ke arah Kaabah. Ada beberapa sahabat yang telah meninggal dunia dengan menghadap ke arah kiblat pertama, kami tidak tahu keadaan mereka. Maka Allah pun menurunkan ayat”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)