Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-144

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قَدْ نَرٰى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى السَّمَاۤءِۚ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضٰىهَا ۖ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۗ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ شَطْرَهٗ ۗ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ لَيَعْلَمُوْنَ اَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُوْنَ144

Kami nampak engkau wahai Muhammad, sering memandang ke langit dengan harapan akan diturunkan wahyu berkenaan kiblat, maka kini Kami berkenan memalingkan engkau menghadap kiblat yang engkau redhai. Oleh itu, hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram. Di mana sahaja kamu semua berada, hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani yang telah diberikan kitab itu mengetahui bahawa peralihan kiblat itu ialah perintah yang benar daripada Tuhan mereka, dan Allah sekalikali tidak lalai terhadap apa yang mereka lakukan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)