Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-150

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۗ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ شَطْرَهٗ ۙ لِئَلَّا يَكُوْنَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ اِلَّا الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِيْ وَلِاُتِمَّ نِعْمَتِيْ عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَۙ150

Dan dari arah mana sahaja engkau keluar wahai Muhammad dan engkau ingin mengerjakan solat, maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid alHaram. Di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Peralihan kiblat ini adalah supaya tiada lagi sebarang hujah yang boleh digunakan oleh mereka yang menentangmu, kecuali hanya orang yang zalim sahaja dalam kalangan mereka yang masih menggunakan hujah-hujah yang lemah. Maka janganlah kamu takut kepada mereka, bahkan takutlah kamu kepada-Ku sahaja. Peralihan kiblat ini juga adalah supaya Aku dapat sempurnakan nikmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu beroleh hidayah.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)