Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-153

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الصّٰبِرِيْنَ153

Wahai orang beriman! Mohonlah pertolongan kepadaAllah dalam segala urusanmu dengan bersabar dan mendirikan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.

Tafsir Terjemahan

Orang yang sabar. Sabar adalah menahan diri ketika berada dalam keadaan sempit. Sabar merupakan kata nama yang bersifat umum. Kata namanya berbeza mengikut konteks ayat. Apabila makna yang dimaksudkan adalah menahan diri ketika menghadapi sesuatu musibah, maka dikatakan صبر (sabar), dan lawannya adalah الجزغ (resah), apabila yang dimaksudkan adalah kesabaran ketika berada dalam sebuah peperangan maka dikatakan الشجاعة (keberanian) dan lawannya adalah الجبن (takut). Dalam konteks ayat ini ialah menahan diri ketika menghadapi sesuatu musibah. (AI-Asfahan)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)