Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-157

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اُولٰۤىِٕكَ عَلَيْهِمْ صَلَوٰتٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۗوَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُهْتَدُوْنَ157

Merekalah orang yang dilimpahi keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang diberi hidayah.

Tafsir Terjemahan

Selawat. Perkataan asalnya ialah solat yang bermaksud doa. Selawat dalam ayat ini membawa beberapa maksud seperti rahmat yang tidak putus untuk orang beriman. la juga difahami sebagai keampunan untuk orang beriman kerana ia adalah anugerah yang paling didambakan oleh setiap hamba. Dalam konteks yang lebih luas, ia rahmat untuk orang beriman berupa doa dikabulkan, kemaafan dan keampunan (al-Baghawi, lbn al-Jawzi, Abu Zahrah).
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)