Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-158

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ اِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَاۤىِٕرِ اللّٰهِ ۚ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ اَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ اَنْ يَّطَّوَّفَ بِهِمَا ۗ وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًاۙ فَاِنَّ اللّٰهَ شَاكِرٌ عَلِيْمٌ 158

Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada lambang syiar Allah. Maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiada dosa baginya untuk menunaikan ibadah sa'ie di antara kedua bukit itu. Dan sesiapa yang mengerjakan amalan kebajikan secara sukarela, maka ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Menghargai amalan hamba-Nya, lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

'Aisyah R.A berkata, Ayat ini turun berkenaan kaum al-Ansar. Sebelum mereka memeluk Islam, mereka berniat haji untuk patung al-Manat. Setelah memeluk Islam, sesiapa yang berniat haji, dia merasa berdosa melakukan sa'ie antara bukit Al-Safa dan AI-Marwah (kerana teringat peristiwa menghormati patung mereka). Lantas mereka bertanya kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami merasa berdosa apabila melakukan sa'ie antara bukit Al-Safa dan AI-Marwah. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)