Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-164

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِيْ تَجْرِيْ فِى الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ مِنَ السَّمَاۤءِ مِنْ مَّاۤءٍ فَاَحْيَا بِهِ الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيْهَا مِنْ كُلِّ دَاۤبَّةٍ ۖ وَّتَصْرِيْفِ الرِّيٰحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّعْقِلُوْنَ164

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu Dia suburkan dengannya bumi yang kontang, serta Dia biakkan pada bumi itu daripada pelbagai jenis binatang, begitu juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara langit dengan bumi. Sesungguhnya kesemua itu merupakan bukti kekuasaan dan keesaan Allah buat kaum yang berakal.

Tafsir Terjemahan

Daripada Abu al-Dhuha berkata, “Ketika ayat ini turun, orang musyrikin berasa hairan lalu berkata, Kamu (wahai orang Islam) mendakwa Tuhan kamu Esa. Maka bawakan kepada kami satu ayat jika betul kamu orang yang benar, lalu Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)