وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّتَّخِذُ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَنْدَادًا يُّحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللّٰهِ ۗ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَشَدُّ حُبًّا لِّلّٰهِ ۙوَلَوْ يَرَى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْٓا اِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَۙ اَنَّ الْقُوَّةَ لِلّٰهِ جَمِيْعًا ۙوَّاَنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعَذَابِ 165
Walaupun demikian, terdapat juga antara manusia yang menjadikan tuhan selain daripada Allah sebagai sekutu bagiNya. Mereka mencintai tuhan-tuhan itu sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman, mereka sangat mencintai Allah. Dan sekiranya orang zalim itu dapat melihat keadaan saat mereka memandang azab pada hari akhirat kelak, mereka akan sedar bahawa sesungguhnya segala kekuasaan itu adalah milik Allah semata, dan sesungguhnya Allah itu Maha berat azab seksaan-Nya.