Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-168

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ168

Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang terdapat di bumi daripada makanan yang halal dan baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Tafsir Terjemahan

Halal lagi baik. Maksud asal perkataan halal ialah mengurai dan membuka ikatan. Makna asal bagi toyyib (طيب) pula ialah sesuatu yang memberi kelazatan kepada anggota tubuh dan jiwa. Dalam konteks ayat ini, halal secara mutlak ialah apa yang diharuskan oleh syara'. Baik pula ialah baik dan bermanfaat bagi dirinya dan tidak membahayakan kesihatan jasmani serta rohani. la juga bermaksud bersih, suci, tidak najis dan tidak pula diharamkan. (at-Tabari, AI-Asfahani, AI-Mubarakfun).
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)