Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-170

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ قَالُوْا بَلْ نَتَّبِعُ مَآ اَلْفَيْنَا عَلَيْهِ اٰبَاۤءَنَا ۗ اَوَلَوْ كَانَ اٰبَاۤؤُهُمْ لَا يَعْقِلُوْنَ شَيْـًٔا وَّلَا يَهْتَدُوْنَ170

Dan apabila dikatakan kepada orang kafir, “Hendaklah kamu mengikut ajaran yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab, “Tidak, bahkan kami hanya mengikut ajaran yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya.” Adakah patut sedemikian, sedangkan datuk nenek mereka tidak mengerti apaapa mengenai agama dan tidak pula mereka mendapat hidayah daripada Allah.

Tafsir Terjemahan

Oaripada lbn Abbas A.A berkata, Rasulullah SAW mengajak kaum Yahudi memeluk agama Islam, memberi mereka galakan dan ancaman azab Allah serta hukuman-Nya. Rafi ' bin Kharijah dan Malik bin 'Auf berkata kepada Baginda SAW, Wahai Muhammad, kami akan mengikut apa (ajaran) yang kami dapati (menjadi pegangan) nenek moyang kami, mereka lebih mengetahui dan lebih baik daripada kami. Maka ALLAH SWT menurunkan ayat berkaitan dengan perbincangan tersebut.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)