وَمَثَلُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا كَمَثَلِ الَّذِيْ يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ اِلَّا دُعَاۤءً وَّنِدَاۤءً ۗ صُمٌّ ۢ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُوْنَ 171
Perbandingan orang kafir yang enggan beriman apabila sampai dakwah kepadanya, ibarat binatang ternakan yang diseru pengembalanya. Binatang tersebut tidak memahami seruan pengembala itu melainkan hanyalah sebagai suara panggilan dan teriakan sahaja. Mereka yang enggan beriman itu sebenarnya adalah pekak, bisu dan buta, kerana itu mereka tidak dapat memahami seruan dakwah.