Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-178

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى الْقَتْلٰىۗ اَلْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْاُنْثٰى بِالْاُنْثٰىۗ فَمَنْ عُفِيَ لَهٗ مِنْ اَخِيْهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ ۢبِالْمَعْرُوْفِ وَاَدَاۤءٌ اِلَيْهِ بِاِحْسَانٍ ۗ ذٰلِكَ تَخْفِيْفٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗفَمَنِ اعْتَدٰى بَعْدَ ذٰلِكَ فَلَهٗ عَذَابٌ اَلِيْمٌ 178

Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan untuk melaksanakan hukum qisas dalam kes orang yang mati dibunuh. Hukumnya ialah orang merdeka yang membunuh orang merdeka yang lain, maka hendaklah dia dibunuh, manakala hamba yang membunuh hamba yang lain, maka hendaklah juga dia dibunuh dan begitu juga perempuan yang membunuh perempuan yang lain, maka dia juga dibunuh. Dalam keadaan apabila si pembunuh memperoleh kemaafan saudaranya daripada pihak yang terbunuh, maka hendaklah pihak yang memaafkan itu mengikut cara yang baik dalam membuat tuntutan ganti rugi, manakala pihak yang membunuh hendaklah menunaikan bayaran ganti rugi itu dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang penangguhan. Undang-undang ini adalah merupakan keringanan dan rahmat daripada Tuhanmu. Namun, sesiapa yang membalas dendam setelah menerima bayaran ganti rugi maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)