Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-184

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ 184

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu. Jika terdapat antara kamu orang yang sakit atau sedang bermusafir, maka diharuskan baginya untuk berbuka tetapi hendaklah dia menggantikan puasa tersebut pada hari-hari yang lain. Manakala orang yang tidak mampu untuk berpuasa, maka hendaklah dia membayar fidyah, iaitu dengan memberi makan kepada orang miskin. Dan sesiapa yang memberi makan orang miskin lebih daripada kadar yang telah ditentukan, maka itulah yang lebih baik baginya. Walaupun begitu, berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada membayar fidyah jika kamu mengetahui kelebihan berpuasa.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)