Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-185

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗ وَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ يُرِيْدُ اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ۖ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ 185

Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan; bulan yang diturunkan padanya al-Quran yang merupakan hidayah kepada manusia. la mengandungi penjelasan-penjelasan tentang hidayah dan juga menerangkan perbezaan antara yang benar dan yang batil. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang berada dalam bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa. Bagi orang yang sakit atau sedang bermusafir, maka diharuskan baginya untuk berbuka tetapi hendaklah dia menggantikan puasa tersebut pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian, Allah menginginkan bagi kamu kemudahan dan tidak mahu kamu menanggung kesulitan. Oleh itu, hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasa selama sebulan dan hendaklah kamu membesarkan Allah sebagai tanda syukur atas hidayah yang telah dikurniakan kepada kamu, agar kamu bersyukur atas kemudahan yang diberikan.

Tafsir Terjemahan

Daripada Salamah berkata; “Ketika turunnya ayat

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

la bermaksud sesiapa yang ingin berbuka dan membayar fidyah, hingga turun ayat selepasnya (ayat 185) yang memansuhkan ayat tersebut.”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)