Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-187

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ اِلٰى نِسَاۤىِٕكُمْ ۗ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَاَنْتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ عَلِمَ اللّٰهُ اَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُوْنَ اَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۚ فَالْـٰٔنَ بَاشِرُوْهُنَّ وَابْتَغُوْا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَكُمْ ۗ وَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتّٰى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْاَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْاَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِۖ ثُمَّ اَتِمُّوا الصِّيَامَ اِلَى الَّيْلِۚ وَلَا تُبَاشِرُوْهُنَّ وَاَنْتُمْ عَاكِفُوْنَۙ فِى الْمَسٰجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ فَلَا تَقْرَبُوْهَاۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُوْنَ187

Dihalalkan bagi kamu untuk mengadakan hubungan kelamin dengan isteri kamu pada malam hari puasa. Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri kamu saat kamu melanggar larangan Allah dengan bersetubuh dengan mereka, lalu Dia menerima taubatmu dan memaafkan kesalahanmu. Maka sekarang lakukanlah hubungan kelamin dengan mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu daripada kenikmatan dan zuriat. Makan dan minumlah kamu sehingga jelas kelihatan kepada kamu benang putih cahaya siang dari benang hitam kegelapan malam iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam. Janganlah kamu mengadakan hubungan kelamin dengan isteri semasa kamu beriktikaf di dalam masjid. ltulah batas-batas larangan yang ditetapkan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Tafsir Terjemahan

Benang putih daripada benang hitam. Maksudnya dalam konteks ayat ini ialah permulaan bagi putihnya siang setelah berakhir hitamnya malam yang panjang iaitu waktu fajar sadiq. (al-Zuhaili, al-Asfahani)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)