Tafsir Surah

2Al-Baqarah - البقرة

Ayat ke-189

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ يَسـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْاَهِلَّةِ ۗ قُلْ هِيَ مَوَاقِيْتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِاَنْ تَأْتُوا الْبُيُوْتَ مِنْ ظُهُوْرِهَا وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقٰىۚ وَأْتُوا الْبُيُوْتَ مِنْ اَبْوَابِهَا ۖ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 189

Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad mengenai anak bulan. Katakanlah, “Peredaran anak bulan itu menandakan waktu urusan dunia dan amal ibadat manusia, khususnya ibadat haji. Dan bukanlah perkara kebajikan itu dengan kamu memasuki rumah dari bahagian belakang ketika kamu berihram untuk menunaikan haji, akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa. Maka masuklah rumah kamu itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu be~aya.”

Tafsir Terjemahan

Daripada al-Bara' R.A berkata, “Apabila kaum al-Ansar pulang daripada menunaikan haji, mereka tidak memasuki rumah melalui pintu hadapan tetapi daripada belakang. Seorang lelaki al-Ansar pulang dan masuk melalui pintu hadapan. Dia berasa serba salah. Kemudian turunlah firman Allah SWT”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)